SELAMAT DATANG

IMAGINASI MUZIK

Rabu, 14 Mac 2012

Kondukting



“Sesiapa yang berjaya melangkah kaki ke podium adalah merupakan mereka-mereka yang di iktiraf atas kesungguhan usaha mereka bersamaan kemahiran kondukting.”
Komunikasi yang efektif.
        Pencapaian yang tertinggi bagi pelajar kondukting ialah mampu berkomunikasi secara paling berkesan. Ini termasuk mengetahui muzik itu dan memimpin ensembel sehingga menjadi inspirasi kepada keseluruhan pemuzik atau ensembel itu sendiri.
Berkomunikasi dengan muzik menjadi lebih selesa dan semulajadi bagi sesetengah orang dan sebaliknya bagi sesetengah yang lain. Perasaan tidak selamat atau kurang yakin tetap ujud pada semua konduktor.
Perlu disedari bahawa kegusaran yang bermain didalam fikiran dan rasa tidak selesa didalam perut adalah perkara biasa yang wajib dilalui oleh semua bakal konduktor. Ini diakui oleh hampir semua konduktor termasuk mereka-mereka yang telah bertaraf professional. ITS NORMAL.

Perbezaan perasaan gemuruh ini akan menjadi kawan atau lawan kepada performer itu sendiri. Adrenaline boleh menjadi penggalak atau musuh kepada sesaorang konduktor itu. Sisihkan kegusaran itu dan bertindak secara positif menghadapi cabaran dalam melaksanakan hasilan muzik yang berkualiti dan penuh ekspresi.
Kondukting merupakan satu gabungan kemahiran psikomotor. Ianya bukan sesuatu yang boleh menjelma dalam masa satu malam sebelum sesuatu performance atau peperiksaan dengan harapan persembahan itu nanti akan menjadi cemerlang.

Latihan yang kerap perlu untuk kelancaran. Bentuk mestilah menjadi sesuatu yang “biasa” secara automatik. Aspek teknikal sentiasa kukuh sehingga reaksi tangan , muka, gerak badan menjadi semulajadi dan difahami oleh ensembel.


Choral Conductors / Pemimpin Koral.

Sifat-sifat Pemimpin Koral yang cemerlang.

q  Mereka adalah pemuzik yang cemerlang.
q  Pentadbir yang cemerlang.
q  Membuat persediaan yang terperinci
q  Keupayaan pencapaian yang tinggi.
q  Gerak laku yang jelas dan bermakna.
q  Memahami dan mampu mengajar bidang suara.
q  Mengetahui koral literature dan latihan persembahan
q  Mempunyai pesonaliti yang bertenaga dan dinamik.
q  Tidak gentar untuk menunjukkan perasaan.
q  Mengemari dan memahami puisi.
q  Menggemari apa yang mereka buat.
q  Mengambil berat kepada individu dibawah arahan        mereka.
q  Mengetahui kekuatan dan menggunakan kekuatan    individu dibawah pimpinan nya.
q  Menghafal skor walaupun terdapat skor untuk dirujuk di hadapan nya.
q  semulajadi dan tidak pura-pura.
q  Mereka adalah merupakan guru lebih dari seorang pemimpin.
q  Percaya yang mereka mempunyai missi tertentu.
Tidak menekan satu elemen sehingga melupakan yang lain.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan