SELAMAT DATANG

IMAGINASI MUZIK

Khamis, 15 Mac 2012

Kompang

Pengenalan
Kompang adalah sejenis alat muzik paluan membranofon yang serumpun dengan gendang. Kompang terdiri daripada bingkai dram yang dipakukan dengan kulit kambing atau lembu yang diregangkan dan mempunyai baluh 'berbingkai' yang diperbuat daripada kayu jenis keras. Lazimnya dari spesis Nangka dan nama saintifiknya Artocarpus heterophyllus. Belulang daripada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan pelekat kemudian ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Kompang juga memerlukan rotan sedak sebagai alat tala untuk menghasilkan suara yang baik. Ianya dimainkan di dalam kumpulan besar kompang (kompang ensembles) atau bersama beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian.

FungsiGoat Hide
Kompang dimainkan mengikut iramanya sendiri ketika mengiringi zikir, mengarak pengantin atau pembesar negara atau disatu majlis rasmi. Kini permainan kompang telah mula diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi dan institusi kerajaan. Kompang juga masyur di kalangan masyarakat islam di Sabah dan dikalangan suku Bajau.    


Cara Bermain
Pemain kompang boleh bermain secara duduk, berdiri dan berjalan bergantung kepada kehendak persembahan. Alat ini dimainkan dalam kumpulan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan tangan atau jari. Sebelah tangan digunakan untuk memegang bingkai kompang manakala tangan yang satu lagi digunakan untuk memukul. Tiada peraturan yang menetapkan sebelah tangan yang mana untuk memegang atau memukul. Pemain bebas menggunakan mana-mana tangan.  Untuk menghasilkan bunyi "pung", pemain perlu merapatkan jari-jari dan memukul pada bahagian sisi kompang manakala untuk menghasilkan bunyi "pak", jari-jari perlu diregangkan dan kompang dipukul di bahagian tengah.
Dalam konteks persembahan, sesebuah kumpulan Kompang terdiri daripada tiga kumpulan mengikut peranannya. Kumpulan pertama terdiri daripada beberapa orang pemain yang akan bertindak sebagai 'Pembolong' menggunakan istilah lokaliti untuk memainkan pola paluan yang khusus serta spesifik secara seragam iaitu in unison sebagai pukulan 'dasar'. Kumpulan kedua akan bertindak sebagai 'Peningkah' lazimnya terdiri daripada seorang sahaja sebagai master dalam permainan tersebut, dan kumpulan ketiga akan bertindak sebagai 'Penyilang' yang memainkan rentak hias sebagai unsur pelengkap kepada keseluruhan pola paluan yang terjalin di dalamnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan