SELAMAT DATANG

IMAGINASI MUZIK

Jumaat, 16 Mac 2012

Etika Dalam Latihan Muzik

Kepentingan Etika
Tujuan utama latihan muzik secara induvidu ialah meningkatkan kemahiran bermain alat muzik. Ia boleh dibuat
melalui pembacaan notasi atau skor muzik. Latihan dalam kumpulan muzik pula biasanya dijalankan untuk
mendapatkan kesefahaman dari aspek tempo dan keseimbangan bunyi diantara setiap ahli dalam kumpulan tersebut. Etika bermaksud amalan-amalan yang baik sebelum, semasa atau selepas latihan muzik. Etika atau amalan yang baik penting diikuti supaya setiap latihan mencapai objektif secara maksimum.
 
 Etika Sebelum Latihan
Setiap ahli kumpulan muzik hendaklah bersedia lebih awal iaitu 
a) Bersedia awal beberapa minit sebelum masa yang ditetapkan.
b) Bersedia dengan skor muzik.
c) Membawa bersama alat tulis seperti pensil dan pemadan untuk membuat catatan jika perlu.
d) Pasang dengan betul alat muzik.
e) Buat penyelarasan talaan (tuning) bersama rakan.
f) Penuhkan masa menunggu dengan perkara berfaedah yang sesuai seperti membaca dan sebagainya,
yang tidak mengganggu orang lain.
g) Berlatih sendiri bahagian-bahagian yang anda belum mahir dengan perlahan.

Etika Semasa Latihan
Masa latihan adalah masa yang memerlukan tumpuan sepenuhnya setiap ahli kumpulan.
a) Sentiasa mengikut arahan ketua atau konduktor - terutamanya memula dan menamatkan permainan muzik.
b) Elakkan mencuba memainkan sendiri berulangkali bahagian yang anda kurang mahir sehingga mengganggu latihan. Tiada latihanindividu dalam masa latihan berkumpulan.
c) Jika ada bahagian yang tidak faham, bertanyalah pada masa yang sesuai kepada ketua atau konduktor.
d) Sentiasa perbaiki perkara-perkara yang ditegur oleh ketua, misalnya keseimbangan bunyi, teknik dan
sebagainya.
e) Membuat catatan bagi perkaraperkara yang perlu, misalnya tarikh dan waktu latihan akan datang.Begitu juga dengan sebarang pindaan penting pada skor muzik.

Etika Selepas Latihan
Perkara yang perlu dilakukan selepas latihan ialah
a) Memastikan semua alatan muzik, music stand dan lain-lain disimpan dengan baik ditempat sepatutnya.
b) Bersihkan alat muzik mengikut cara yang telah ditetapkan. Membiarkan alat muzik yang kotor selepas
digunakan boleh menyebabkankerosakan kepada alat muzik berkenaan.
c) Menghormati ketua dan rakanrakan adalah satu amalan yang baik. Berilah ucapan yang sesuai.

sumber: Mastor Hj. Jarkaseh, Asas Pendidikan Muzik 1, KBSM,

Asas Nyanyian

Suara Manusia
Udara yang keluar dari rongga-rongga dalam paru-paru menggetarkan pita suara yang terdapat dalam peti suara manusia lalu menghasilkan bunyi suara manusia.Bunyi suara ini kemudian “dibentuk” oleh
organ vokal yang terdapat di sekitar mulut dan hidung. Bahagian tubuh (organ) yang bertanggungjawab membentuk bunyi yang dapat dikenali ialah
a) Bibir
b) Gigi
c) Rongga Hidung
d) Rongga Mulut
d) Lelangit keras
e) Lelangit lembut
f) Lidah

Postur Semasa Menyanyi 
Postur adalah kedudukan badan semasa menjalankan sesuatu aktiviti muzik, contohnya menyanyi, bermain rekoder atau bermain piano. Tidak kira samada secara duduk atau berdiri, kedudukan postur tubuh
hendaklah betul semasa menyanyi. Ini membolehkan pengaliran udara masuk dan keluar berlaku dengan selesa. Postur yang baik juga membolehkan seseorang kelihatan segak,kemas dan nampak bersedia serta mengelakkan cepat letih Secara amnya, tubuh dari kepala hingga ke kaki hendaklah lurus. Ini dilakukan
dengan duduk atau berdiri tegak.Walaupun begitu semua otot tubuh hendaklah lembut dan selesa.


Teknik Asas Pernafasan
Menarik nafas hendaklah lakukan melalui hidung, udara dikumpulkan secukupnya supaya suara nyanyian bertenaga dan stabil. Pada asasnya, nafas diambil semasa pertukaran frasa melodi. Biasanya not
akhir frasa melodi mempunyai nilai yang panjang. Sedikit latihan pernafasan perlu dilakukan sebelum menyanyi supaya rongga-ronga dalam tubuh cukup bersedia semasa aktiviti menyanyi.

Khamis, 15 Mac 2012

Gamelan Terengganu

Pengenalan
Pada masa kini terdapat dua jenis ensembel gamelan di Malaysia iaitu gamelan terenggganu dan gamelan Jawa. Gamelan Terengganu berasal dari Kesultanan Riau-Lingga dan pertama kali dipersembahkan di Pekan ,Pahang pada tahun 1819 sempena perkahwinan Tengku Hussain, anak Sultan Lingga iaitu Sultan Abdul Rahman kepada Wan Esah, adinda Bendahara Ali dari Pahang. Selepas kemangkatan Sultan Ahmad, isterinya Cik Zubedah membawa bersama-sama set gamelan di bawah jagaannya tinggal bersama puterinya Ampuan Mariam yang dikahwinkan kepada anakanda kedua sultan Terengganu iaitu Sulaiman Badrul Alam Syah. Cik Zubedah dan Ampuan Mariam telah  pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan. Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dgn membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja & Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan diketuai oleh Ampuan Mariam.
Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri. Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta dan mengikut Pak Mat Nobat (bekas pemain asal ensembel istana gamelan Terengganu) terdapat lebih 77 buah lagu yang sinonim dengan nama tarian yang diiringi dicipta. Hanya 65 nama sahaja diketahui umum pada masa kini dan daripada jumlah itu hanya sebelas lagu sahaja yang biasa dimainkan iaitu Ayak-ayak, Lonang, Ketawang, Perang, Perang Manggung, Selang Arak, Taman Sari, Timang Burung, Timang Inu, Togok dan Topeng. Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".
Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun pada 1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman pada 1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama dua orang bekas penarinya, Cik Adnan Abdul. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang. Pada 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan terengganu akhirnya set gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.
Perbezaan instrumen di dalam gamelan Terengganu dengan gamelan Jawa atau Bali tidaklah begitu ketara jika dibandingkan dengan perbezaan muzik yang dimainkan diantaranya. Gamelan Terengganu lebih ringkas di mana hampir kesemua instrumen di dalam ensembel ini memainkan bahagian melodi. Atas usaha Ariff Ahmad dari Universiti Malaya, gamelan Terengganu mula dikenali umum dan tidak lagi hanya dipersembahkan pada majlis-majlis di dalam istana sahaja. Unit gamelan Universiti Malaya di bawah kelolaannya pada masa itu banyak mengadakan persembahan di pelbagai keramaian. Selain Universiti Malaya, institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah mula menubuhkan pasukan gamelan masing-masing tidak lama kemudian.
Instrumen-instrumen dalam gamelan Terengganu terdiri daripada:
1.0 bonang
2.0 saron
3.0 gambang
4.0 kenong
5.0 gong
6.0 gendang
Bonang (gamelan Terengganu)
Bonang atau kromong mengandungi 10 gong kecil yang berbonggol (knobbed) di tengahnya dan disusun dalam dua baris di atas suatu tali yang tergantung pada rak segiempat. Bonang merupakan alat idiofon yang dibunyikan dengan memukul bahagian berbonggol dengan pengetuk khas yang berbalut pada hujungnya. Bonang merupakan alat terpenting dalam esembel gamelan Terengganu yang menvariasikan melodi pokok ataupun satu melodi pendek yang juga berfungsi sebagai intro lagu khususnya untuk gendhing bonang (penghias lagu). Bonang membunyikan bunga-bunga melodi dan dimainkan secara oktaf, ketukan bergilir nod pertama pada baris pertama diketuk sebelum rentak dan kedua pada baris yang lagi satu selepas rentak

Kompang

Pengenalan
Kompang adalah sejenis alat muzik paluan membranofon yang serumpun dengan gendang. Kompang terdiri daripada bingkai dram yang dipakukan dengan kulit kambing atau lembu yang diregangkan dan mempunyai baluh 'berbingkai' yang diperbuat daripada kayu jenis keras. Lazimnya dari spesis Nangka dan nama saintifiknya Artocarpus heterophyllus. Belulang daripada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan pelekat kemudian ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Kompang juga memerlukan rotan sedak sebagai alat tala untuk menghasilkan suara yang baik. Ianya dimainkan di dalam kumpulan besar kompang (kompang ensembles) atau bersama beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian.

FungsiGoat Hide
Kompang dimainkan mengikut iramanya sendiri ketika mengiringi zikir, mengarak pengantin atau pembesar negara atau disatu majlis rasmi. Kini permainan kompang telah mula diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi dan institusi kerajaan. Kompang juga masyur di kalangan masyarakat islam di Sabah dan dikalangan suku Bajau.    


Cara Bermain
Pemain kompang boleh bermain secara duduk, berdiri dan berjalan bergantung kepada kehendak persembahan. Alat ini dimainkan dalam kumpulan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan tangan atau jari. Sebelah tangan digunakan untuk memegang bingkai kompang manakala tangan yang satu lagi digunakan untuk memukul. Tiada peraturan yang menetapkan sebelah tangan yang mana untuk memegang atau memukul. Pemain bebas menggunakan mana-mana tangan.  Untuk menghasilkan bunyi "pung", pemain perlu merapatkan jari-jari dan memukul pada bahagian sisi kompang manakala untuk menghasilkan bunyi "pak", jari-jari perlu diregangkan dan kompang dipukul di bahagian tengah.
Dalam konteks persembahan, sesebuah kumpulan Kompang terdiri daripada tiga kumpulan mengikut peranannya. Kumpulan pertama terdiri daripada beberapa orang pemain yang akan bertindak sebagai 'Pembolong' menggunakan istilah lokaliti untuk memainkan pola paluan yang khusus serta spesifik secara seragam iaitu in unison sebagai pukulan 'dasar'. Kumpulan kedua akan bertindak sebagai 'Peningkah' lazimnya terdiri daripada seorang sahaja sebagai master dalam permainan tersebut, dan kumpulan ketiga akan bertindak sebagai 'Penyilang' yang memainkan rentak hias sebagai unsur pelengkap kepada keseluruhan pola paluan yang terjalin di dalamnya.

Pendekatan Kodaly

  • Aspek pembelajaran muzik nyanyian, 
  • latihan pendengaran, 
  • notasi muzik dan permainan alat 
  •   Penekanan kpd nyanyian semerta & merencana melodi dgn notasi 
  •  pengunaan isyarat tangan, latihan solfa, tangganada pentatonic 
  •  nyanyian lagu rakyat secara accapella
Prinsip Asas Kodaly
  • Literasi muzikal: kebolehan membaca/menulis 
  •  Bermula dengan suara 
  •  Mula peringkat awal kanak2 
  •  Mengunakan bahasa ibunda 
  •  Muzik berkualiti
Ø  Strategi Kodaly
  • Penggunaan Muzik bermutu 
  •  Muzik utk semua 
  •  Pengalaman mz dr peringkat awal knk2 
  •  Berasaskan budaya tempatan 
  •  Muzik dgn asas vocal acapella 
  •  Nyanyian solfa 
  •  Pengalaman muzikal sebelum mpelajri notasi 
  •  Urutan p&p berpusatkn murid
Objetif Koaly
  • Menyanyi,bermain alat muzik, gerakan berasaskn mz ibunda 
  •  Persembahan, pendengaran, analisa, seni muzik 
  •  Mencapai kemahiran muzikal spt membaca,menulis,mneyanyi, part of singing

Contoh  Aktiviti Kodaly
  • Menyebut perkataan dlm bentuk irama 
  •  Menepuk detik asas 
  •  Melangkah mengikut detik 
  •  Menepuk irama mengikut teks 
  •  Menepuk irama sambil berfikir menyebut tetapi tidak disebut perkataan

Alat-alat teknik
  • Nyanyian 
  •  Isyarat tangan-curven hand 
  •  ‘Doh bergerak’ 
  •  solfa pentatonic 
  •  nyanyian lapis vocal 
  •  Rentak 
  •  Suku kata berirama: ta, ti-ti 
  •  Stick notation 
  •  Ritma diajar bersama vocal 
  •  Mbaca dan menulis muzik 
  •  Nyanyian semerta dan catatan pendengaran 
  •  Latihan pendegaran 
  • Djlnkn semasa menulis,mbaca mz, nyanyian dan rentak

Pengetahuan dan kemahiran dalam nyanyian


Aural - proses kemahiran mendengar melalui lagu yang dipelajari.
Fizikal - proses pengawalan pernafasan dan mekanisme vokal.
Verbal - Proses kefahaman lirik lagu, pembinaan kosa kata dan penguasaan bahasa.
Daya ingatan muzikal - proses kebolehan mengingat bunyi muzik dan menghasilkannya semula.
Persembahan - proses penghasilan irama, melodi dan ekspresi dengan peka dan tepat.
Interaksi Sosial – proses kebolehan bekerjasama dalam nyanyian bersama rakan.
Komunikasi - proses menyatakan maksud  dan fikiran melalui ekspresi dalam nyanyian.

Contoh Lagu



2. Nyanyian Sol-fa Lagu
- Boleh bangkitkan minat murid.
- Boleh membantu murid dapat konsep melodi lagu.
- Murid dapat betulkan kesalahan kerana sudah dapat konsep melodi lagu.
- Bantu murid menguasai frasa lagu. 
-    Bantu murid menguasai ekspresi lagu.