SELAMAT DATANG

IMAGINASI MUZIK

Jumaat, 16 Mac 2012

Asas Nyanyian

Suara Manusia
Udara yang keluar dari rongga-rongga dalam paru-paru menggetarkan pita suara yang terdapat dalam peti suara manusia lalu menghasilkan bunyi suara manusia.Bunyi suara ini kemudian “dibentuk” oleh
organ vokal yang terdapat di sekitar mulut dan hidung. Bahagian tubuh (organ) yang bertanggungjawab membentuk bunyi yang dapat dikenali ialah
a) Bibir
b) Gigi
c) Rongga Hidung
d) Rongga Mulut
d) Lelangit keras
e) Lelangit lembut
f) Lidah

Postur Semasa Menyanyi 
Postur adalah kedudukan badan semasa menjalankan sesuatu aktiviti muzik, contohnya menyanyi, bermain rekoder atau bermain piano. Tidak kira samada secara duduk atau berdiri, kedudukan postur tubuh
hendaklah betul semasa menyanyi. Ini membolehkan pengaliran udara masuk dan keluar berlaku dengan selesa. Postur yang baik juga membolehkan seseorang kelihatan segak,kemas dan nampak bersedia serta mengelakkan cepat letih Secara amnya, tubuh dari kepala hingga ke kaki hendaklah lurus. Ini dilakukan
dengan duduk atau berdiri tegak.Walaupun begitu semua otot tubuh hendaklah lembut dan selesa.


Teknik Asas Pernafasan
Menarik nafas hendaklah lakukan melalui hidung, udara dikumpulkan secukupnya supaya suara nyanyian bertenaga dan stabil. Pada asasnya, nafas diambil semasa pertukaran frasa melodi. Biasanya not
akhir frasa melodi mempunyai nilai yang panjang. Sedikit latihan pernafasan perlu dilakukan sebelum menyanyi supaya rongga-ronga dalam tubuh cukup bersedia semasa aktiviti menyanyi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan