SELAMAT DATANG

IMAGINASI MUZIK

Khamis, 15 Mac 2012

Gamelan Terengganu

Pengenalan
Pada masa kini terdapat dua jenis ensembel gamelan di Malaysia iaitu gamelan terenggganu dan gamelan Jawa. Gamelan Terengganu berasal dari Kesultanan Riau-Lingga dan pertama kali dipersembahkan di Pekan ,Pahang pada tahun 1819 sempena perkahwinan Tengku Hussain, anak Sultan Lingga iaitu Sultan Abdul Rahman kepada Wan Esah, adinda Bendahara Ali dari Pahang. Selepas kemangkatan Sultan Ahmad, isterinya Cik Zubedah membawa bersama-sama set gamelan di bawah jagaannya tinggal bersama puterinya Ampuan Mariam yang dikahwinkan kepada anakanda kedua sultan Terengganu iaitu Sulaiman Badrul Alam Syah. Cik Zubedah dan Ampuan Mariam telah  pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan. Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dgn membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja & Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan diketuai oleh Ampuan Mariam.
Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri. Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta dan mengikut Pak Mat Nobat (bekas pemain asal ensembel istana gamelan Terengganu) terdapat lebih 77 buah lagu yang sinonim dengan nama tarian yang diiringi dicipta. Hanya 65 nama sahaja diketahui umum pada masa kini dan daripada jumlah itu hanya sebelas lagu sahaja yang biasa dimainkan iaitu Ayak-ayak, Lonang, Ketawang, Perang, Perang Manggung, Selang Arak, Taman Sari, Timang Burung, Timang Inu, Togok dan Topeng. Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".
Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun pada 1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman pada 1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama dua orang bekas penarinya, Cik Adnan Abdul. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang. Pada 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan terengganu akhirnya set gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.
Perbezaan instrumen di dalam gamelan Terengganu dengan gamelan Jawa atau Bali tidaklah begitu ketara jika dibandingkan dengan perbezaan muzik yang dimainkan diantaranya. Gamelan Terengganu lebih ringkas di mana hampir kesemua instrumen di dalam ensembel ini memainkan bahagian melodi. Atas usaha Ariff Ahmad dari Universiti Malaya, gamelan Terengganu mula dikenali umum dan tidak lagi hanya dipersembahkan pada majlis-majlis di dalam istana sahaja. Unit gamelan Universiti Malaya di bawah kelolaannya pada masa itu banyak mengadakan persembahan di pelbagai keramaian. Selain Universiti Malaya, institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah mula menubuhkan pasukan gamelan masing-masing tidak lama kemudian.
Instrumen-instrumen dalam gamelan Terengganu terdiri daripada:
1.0 bonang
2.0 saron
3.0 gambang
4.0 kenong
5.0 gong
6.0 gendang
Bonang (gamelan Terengganu)
Bonang atau kromong mengandungi 10 gong kecil yang berbonggol (knobbed) di tengahnya dan disusun dalam dua baris di atas suatu tali yang tergantung pada rak segiempat. Bonang merupakan alat idiofon yang dibunyikan dengan memukul bahagian berbonggol dengan pengetuk khas yang berbalut pada hujungnya. Bonang merupakan alat terpenting dalam esembel gamelan Terengganu yang menvariasikan melodi pokok ataupun satu melodi pendek yang juga berfungsi sebagai intro lagu khususnya untuk gendhing bonang (penghias lagu). Bonang membunyikan bunga-bunga melodi dan dimainkan secara oktaf, ketukan bergilir nod pertama pada baris pertama diketuk sebelum rentak dan kedua pada baris yang lagi satu selepas rentak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan